Mypost

Home Assistant ๐Ÿก

Apa itu Home Assistant

Home Assistant ๐Ÿก

Apa Itu Home Assistant?

Home Assistant ialah platform automasi rumah pintar yang membolehkan kita kawal dan pantau pelbagai peranti dalam satu tempat. Tak kiralah lampu, kipas, aircond, CCTV, atau peranti pintar lain, semuanya boleh digabungkan dan dikawal melalui satu sistem je.

Sistem ni open-source, maksudnya ia percuma dan sentiasa dikemas kini oleh komuniti seluruh dunia. Ia juga boleh diubah suai ikut citarasa kitaโ€”nak tambah integrasi baru, nak custom automasi, semuanya boleh.

Kenapa Home Assistant Best?

  1. Semua Dalam Satu
    Tak kisah jenama peranti apa โ€”Xiaomi, Philips, Sonoffโ€”semua boleh berfungsi dalam satu aplikasi.
  2. Automasi Pintar
    Contohnya, lampu ruang tamu automatik menyala bila matahari terbenam atau aircond tutup sendiri bila tak ada orang dalam bilik.
  3. Privasi Terjaga
    Data disimpan dalam server sendiri (local). Jadi, tak perlu risau data kita dikongsi ke mana-mana.
  4. Boleh Berhubung Dengan Banyak Platform
    Alexa, Google Assistant, atau Siri pun boleh digabungkan dengan Home Assistant.

Macam Mana Nak Mula?

  • Kena ada Raspberry Pi?
    Ni option yang paling popular. Tapi boleh juga guna platform lain macam mini PC ataupun virtual machine (VM).
  • Install Home Assistant
    Follow je panduan daripada Home-Assistant.io, tak susah pun.
  • Tambah Peranti Pintar
    Dah siap setup? Mulakan dengan tambah peranti macam lampu pintar atau plug pintar yang korang ada.. tak kira brand apa.

Dengan Home Assistant, kita bebas untuk lakukan bermacam-macam automasi ikut mana yang kita suka. Kalau korang suka DIY dan suka explore, memang sesuai sangat cuba platform ni! ๐Ÿ˜Š

This post is licensed under CC BY 4.0 by the author.